fb fb fb fb fb

Peneroka FELDA kerugian RM140,000 diperdaya sindiket Macau Scam

KUANTAN, 10 Disember-Seorang peneroka Felda mengalami kerugian sebanyak RM140,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon pada 1 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata lelaki berusia 63 tahun itu mendakwa dia dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai polis' dari Ampang, Selangor dan memaklumkannya terlibat dengan pengubahan wang haram serta rasuah.

 


(Kenyataan media Ketua polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin)

Beliau berkata mangsa kemudiannya telah memberi butiran akaun bank kepada suspek sebelum diminta membuat pemindahan semua wang daripada akaun Maybank ke Bank Islam.

Sejurus itu, mangsa telah membuat pemindahan wang secara berperingkat berjumlah bermula 1 hingga 6 Disember.

Mangsa kemudian menyedari telah diperdaya selepas menyemak baki wang akaun Bank Islam, dan mendapati wang berkurangan dan telah dipindahkan secara berperingkat ke beberapa akaun tidak dikenali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Media Baharu