fb fb fb fb fb

Penerbangan Joyride, produk pelancongan baharu di Melaka

Foto fail

MELAKA, 8 Julai -Melaka akan memperkenalkan pelancongan udara bermula September depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia merupakan cadangan International Aero Training Academy (IATAC).

"Pihak IATAC menawarkan pakej penerbangan Joyride selama 40 minit menggunakan pesawat. Pakej ini disediakan khas untuk para pelancong dan pengunjung yang datang ke Melaka bagi menikmati keindahan pemandangan dari udara."

"Sebanyak lapan penerbangan akan dijalankan setiap hari dengan kadar harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran & Hari Terbuka Program Sarjana Muda Penerbangan Two U One i, di Batu Berendam.

Dalam pada itu, Program Sarjana Muda Penerbangan Two U One i melibatkan kerjasama IATAC dan Universiti Pertahanan Nasional, UPNM berkenaan menggabungkan dua tahun pengajian akademik dan satu tahun latihan profesional di industri.

Ia membolehkan pelajar memperoleh Ijazah Sarjana Muda Penerbangan bersama Lesen Komersial Juruterbang (CPL), Penilaian Instrumen (IR) dan Lesen Juruterbang Pengangkutan Syarikat Penerbang (ATPL) sebaik tamat pengajian.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN