fb fb fb fb fb

Penerapan nilai 'al-falah' berupaya bina bangsa cemerlang selari konsep madani

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Penerapan nilai 'al-falah' dalam sistem kehidupan bermasyarakat dari setiap peringkat umur berupaya membina bangsa yang berjaya dan cemerlang.

Kaunselor, Mohd Zuhdi Zakaria berpendapat penghayatan nilai tersebut dalam diri setiap individu merupakan langkah pertama yang penting dalam mencapai pengertian yang menyeluruh nilai 'al-falah'.

Selari dengan pembentukan masyarakat madani, beliau juga berpandangan ilmu adalah senjata utama dalam mencapai kejayaan yang seimbangan antara intelek, emosi, fizikal dan rohani.

"Saya fikir orang yang menghayati seruan mari menuju kejayaan ini, orang tersebut akan jadi orang yang cukup berintergriti bukan semata seorang manusia, orang yang menghayati al- falah ni akan menjadi orang bertakwa.

"Dia akan rasa, kalau kata aku buang sampah ni aapa pandangan diri aku kepada jiwa aku pertamanya dan bagaimana pula pandangan masyarakat kepada sikap tersebut", katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.


(Kaunselor, Mohd Zuhdi Zakaria)

Media Baharu