fb fb fb fb fb

Penemuan 33 tong bahan kimia, dipercayai dibuang beberapa hari lalu

(33 tong berisi bahan kimia yang ditemukan berhampiran RTC Gopeng, Perak)

IPOH, 1 November- Sebanyak 33 tong berisi bahan kimia yang ditemukan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng, Perak, semalam, dipercayai telah dibuang sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, ia hasil pemerhatian yang dijalankan terhadap bau dan tindak balas bahan tersebut dengan persekitaran.

Jelas beliau, sampel bahan tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis, dan keputusannya bakal diperoleh dalam masa terdekat.


(Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul)

"Kita tetap berusaha untuk mempercepatkan proses pemindahan sehingga kita tahu apa bahan tersebut, sebab kalau kita tidak tahu, kita akan mendedahkan risiko terutama kepada pegawai-pegawai penyiasat, sama ada pada JAS, bomba, atau pihak polis yang mengawal persekitaran kawasan ini begitu juga dengan penduduk setempat", katanya ketika ditemui media di tapak pembuangan bahan tersebut, petang tadi.

Dalam pada itu, pihaknya telah merakam keterangan seorang lelaki yang ditemukan bersama sebuah lori di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Media Baharu