SEGAMAT, 2 November- Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, di sini pukul 8.00 pagi tadi selepas Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 dilanda banjir kilat.
Seramai 17 penduduk daripada 5 keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan, banjir bukan disebabkan hujan berterusan tetapi akibat kenaikan paras sungai Muar, sehingga melimpah ke dua buah perkampungan tersebut.
Bagaimanapun paras air di Sungai Juaseh dan Sungai Segamat, masih di bawah paras normal.
Beberapa agensi terlibat membantu memindahkan penduduk yang terjejas serta operasi di PPS antara pihak polis, Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
(Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir kilat di Segamat)