fb fb fb fb fb

JAIPK larang semua aktiviti kempen politik di fasiliti agama Islam di negeri Perak

(Foto Hiasan)

IPOH, 2 November- Semua jenis aktiviti politik adalah dilarang dijalankan di masjid, surau, Maahad Tahfiz dan sekolah agama di Perak sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum (PRU15).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Harith Fadzillah Abdul Halim berkata, ia bagi memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan dilindungi daripada dicemari kegiatan politik kepartian.

Jelasnya arahan itu sebagai menjunjung titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan akan berkuatkuasa mulai hari Jumaat, 4 November sehingga 20 November depan.

Antara aktiviti yang dilarang termasuklah calon, pemimpin dan petugas parti politik tidak dibenarkan mengambil alih tugas imam dan khatib daripada pegawai masjid.

Mereka turut dilarang mengadakan ceramah, ucapan, pengumuman dan lawatan yang mempunyai elemen berkempen.

Selain itu, sebarang bantuan, penyerahan sumbangan dan tajaan jamuan atas nama calon dan parti turut dilarang.


(Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Harith Fadzillah Abdul Halim)

Media Baharu