fb fb fb fb fb

Penempatan pegawai CeIO bantu tangani kes berkaitan integriti - SPRM

(Gambar Fail)

ALAI, 22 Mac- Penempatan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di setiap jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta menunjukkan keberkesanan apabila banyak kes berkaitan integriti berjaya ditangani.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata ia termasuk di Melaka apabila daripada keseluruhan 157 maklumat berkaitan rasuah dan integriti yang diterima pihaknya tahun lalu, sebahagiannya merupakan hasil maklumat daripada pegawai CeIO yang dilantik.

Daripada jumlah maklumat diterima, 20 kertas siasatan telah dibuka, hasilnya, 17 individu ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan integriti tahun lalu.

"Maklumat ini lebih bersifat kita kata bukan rasuah besar-besaran tapi bersifat kesalahan yang lazim, yang biasa berlaku. Kita ada empat kesalahan utama iaitu memberi dan menerima rasuah, yang keduanya adalah memberi menerima rasuah, yang ketiganya tuntutan palsu dan salah guna kuasa."

"Itu antara kesalahan yang lazim yang selalu diberi maklumat dan untuk rekod juga tahun lepas 2021 SPRM Melaka telah menerima maklumat lebih kurang 157 maklumat dan sebahagiannya itu memang datang daripada pegawai CeIO inilah," kata Shahril kepada pemberita RTM selepas program SPRM bersama CeIO di Pejabat SPRM Melaka, di sini.


(Pegawai CeIO mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad
di bangunan SPRM Melaka, di sini)

Mengulas lanjut katanya di Melaka ketika ini terdapat seramai 25 pegawai CeIO di tempatkan di 25 jabatan dan agensi dibawah kerajaan negeri.

Media Baharu