fb fb fb fb fb

Penduduk Wyoming teruja saksikan fenomena 'awan ombak laut'

WYOMING, 12 Disember- Penduduk di Wyoming, Amerika Syarikat teruja menyaksikan fenomena semula jadi pembentukan awan yang kelihatan seperti ombak laut.

Pemandangan menakjubkan itu kelihatan di atas puncak gunung Bighorn di bandar Sheridan.

Pembentukan awan berkenaan dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz.

(Fenomena ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz membuatkan awan kelihatan
seperti ombak laut / Foto Facebook Rachel Gordon)

Ia berlaku apabila aliran udara yang lebih laju bergerak di atas udara yang naik dari bawah.

Ia juga dikenali sebagai awan berkibar.

Media Baharu