fb fb fb fb fb

220 kanak-kanak sertai Program Mega Sunathon

KUALA NERUS, 12 Disember- Buat julung kalinya Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA mengadakan Program Mega Sunathon melibatkan penyertaan 220 kanak-kanak bertempat di Hospital Pengajar UniSZA, kampus induknya Gong Badak Kuala Nerus.

Program berlangsung selama dua hari itu merupakan siri ke-lima dianjurkan bagi melaksanakan perkhidmatan khatan melibatkan anak-anak kakitangan UniSZA dan komuniti setempat yang kurang berkemampuan, seawal umur enam tahun secara percuma.


(Naib Canselor,  Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Profesor Doktor Fadzli Adam)

Naib Canselornya, Profesor Doktor Fadzli Adam, berkata program tanggungjawab sosial dan kebajikan ini diketuai Kelab Surgeri Hospital Pengajar UniSZA dengan kerjasama Jawatankuasa Sunat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu-JKNT dan Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat kawasan Kuala Nerus.

Selain menjadi medium menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran para petugas terdiri lapan pakar bedah, ahli jawatankuasa program, pegawai perubatan, pembantu perubatan dan wakil jawatankuasa sunat JKNT.

"Ini juga melibatkan kerjasama-kerjasama sebagaimana disebut tadi pun, sebenarnya membantu memudahkan program ini berjalan dan insya-Allah akan menjadi satu program flagship kepada komuniti di sekitar kuala nerus.

"Kita juga sebenarnya menerima kalau ada ibu bapa yang ada di luar Kuala Nerus untuk menghantar anak mereka di sunatkan. In sya-Allah kita akan teruskan pada tahun-tahun akan datang," katanya selepas menyempurnakan majlis pembukaan Program Mega Sunathon Hospital Pengajar UniSZA 2022 di Gong Badak.

Turut hadir Pengarah Hospital Pengajar UniSZA, Profesor Dato' Doktor Ahmad Zubaidi A. Latif.

Terdahulu Profesor Doktor Fadzli menerima 15 buah kerusi roda sumbangan Bank Rakyat di bawah tanggungjawab sosial syarikat (CSR) menerusi wakil pengawainya untuk kegunaan para pesakit di hospital tersebut.

Media Baharu