fb fb fb fb fb

Bekalan telur perlu sedikit masa untuk cari penyelesaian jangka panjang

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 12 Disember - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memerlukan sedikit masa mencari penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata ia bagi membolehkan penelitian menyeluruh meliputi semua aspek bagi mendapat solusi terbaik dan bukan menanganinya secara tergesa-gesa.

(Timbalan Menter Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin)

"Saya rasa dengan kakitangan yang cukup hebat dan juga menteri yang berfikiran panjang yang selalu ada fikiran yang bernas ini...saya berkeyakinan isu-isu yang panas sekarang ini akan dapat ditangani," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di pejabatnya, di sini.

Foong Hin turut berpendapat, keterjaminan makanan merupakan isu global dan negara tidak terkecuali dalam memastikan bekalan makanan mencukupi.

Pada masa sama akan turut memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak merupakan kedua-dua wilayah dimana bumi yang cukup meluas dan saya rasa banyak tanaman yang boleh dibuat disana dan kesemua ini akan menyumbang ke arah keterjaminan makanan," katanya.

Media Baharu