fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 1,027 orang

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 19 Disember -Jumlah penduduk terjejas banjir di tiga daerah di Terengganu semakin meningkat.

Setakat pukul 6.00 pagi, seramai 1,027 penduduk terjejas direkodkan berbanding 846 orang pada tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, peningkatan itu direkodkan di Kemaman susulan pembukaan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu.

Ia menjadikan keseluruhan 15 PPS beroperasi di daerah itu, menempatkan 650 penduduk daripada 183 keluarga, berbanding 572 orang pada tengah malam tadi.

Tiga PPS baharu yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Sekolah Kebangsaan Binjai dan Surau Kampung Ban Ho.

Di Dungun, jumlah penduduk terjejas kekal 256 orang yang ditempatkan di dua PPS, masing-masing di Kampung Shukor dan Pasir Raja.

Sementara itu, di Hulu Terengganu, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 127 orang yang ditempatkan di PPS Kampung Pengkalan Ajal.

Cuaca mendung direkodkan di hampir semua kawasan dan keadaan banjir menunjukkan trend peningkatan.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN