fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sik terima bantuan

SIK, 3 Julai- Seramai 151 keluarga di enam buah kampung di daerah Sik yang terjejas dalam kejadian banjir, baru-baru ini menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASik).

Sumbangan berupa wang tunai dan pek makanan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Menurut Ahmad Tarmizi, ia melibatkan 45 keluarga dari Kampung Pinang dan Kampung Surau serta 40 keluarga dari Kampung Landai dan Kampung Melaka.

Selain itu, seramai 66 keluarga terjejas banjir dari Kampung Belantek Dalam dan Kampung Belantek Luar turut menerima sumbangan tersebut.

“Saya berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk yang diuji dengan musibah banjir," katanya ketika dihubungi RTM.

Pada 28 Jun lalu, hujan lebat hampir tiga jam mengakibatkan air Sungai Lentang dan Sungai Sok melimpah sehingga menyebabkan lapan kampung di daerah Sik dilanda banjir kilat.


(Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terjejas banjir)

 

Media Baharu