fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di PPS Padang Mat Sirat meningkat kepada 62

LANGKAWI, 19 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pusat Permindahan Sementara (PPS) Dewan Syifa, Padang Matsirat meningkat kepada 62 orang berbanding 53 yang direkodkan semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten Pertahanan Awam Ahmad Shahfikri Darus memaklumkan, kesemua mereka daripada 18 keluarga membabitkan 35 penduduk lelaki dan 27 wanita.

Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan adalah dari Kampung Atas, Kampung Limbung Putra, Kampung Buluh Penyumpit, Kampung Bukit Kemboja, dan kampung Bohor Masjid.

"Untuk makluman ada kawasan sebelum ini yang terjejas namun mereka tidak mahu berpindah atas sebab kawasan mereka masih baik.

Lepas hujan berterusan turun menyebabkan keadaan rumah mereka hampir terjejas dan laluan kawasan rumah mereka terputus, jadi mereka terpaksa berpindah," katanya.

(Kapten Pertahanan Awam Ahmad Shahfikri Darus, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi)

Sementara itu, beliau menyeru orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan supaya terus menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Daerah atau datang ke PPS.

Media Baharu