fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, selari dengan pergerakan pasaran hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap langkah yang mungkin diambil Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenakan dasar monetari yang lebih ketat dan agresif, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun turut merosot pada hari Rabu, mengambil petunjuk daripada pergerakan pasaran Shanghai yang agak mendatar walaupun ekuiti domestik lebih kukuh dalam situasi kebimbangan berterusan mengenai kelembapan ekonomi global.

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun sebanyak 0.50 sen kepada 608.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik satu sen kepada 465.0 sen sekilogram.

(Foto fail)

Pada pukul 5.00 petang, harga penutup LGM untuk SMR 20 ialah 607.0 sen sekg sementara lateks pukal pada 466.0 sen sekilogram.-BERNAMA

Media Baharu