fb fb fb fb fb

Dua duta besar menghadap Agong, bakal akhiri perkhidmatan di Malaysia

(Al- Sultan Abdullah berkenan menerima kunjungan hormat Duta Besar
Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan)

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke majlis menghadap perpisahan dua duta besar asing ke Malaysia di Istana Negara.

Baginda berkenan menerima kunjungan hormat Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan dan Duta Besar Qatar ke Malaysia, Fahad Mohammed Kafoud dalam dua sesi berasingan.

Majlis menghadap perpisahan itu diadakan susulan kedua-dua duta besar tersebut bakal menamatkan penempatan di Malaysia tahun ini.

Khidmat Datuk Dr Mahmoud Hussein yang bermula April 2017 akan berakhir 21 Oktober ini, manakala Fahad Mohammed menamatkan penempatan 4 November depan setelah berkhidmat di Malaysia sejak November 2018.


(Duta Besar Qatar ke Malaysia, Fahad Mohammed Kafoud menghadap Al- Sultan Abdullah
di Istana Negara)

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada majlis menghadap itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua duta besar terbabit.

Khususnya peranan memperkukuh dan mempertingkat hubungan serta kerjasama dua hala antara negara masing-masing dengan Malaysia ke tahap lebih komprehensif.

Baginda juga berpuas hati dengan hubungan diplomatik yang kukuh di pelbagai peringkat terutama dalam aspek ekonomi.

Media Baharu