fb fb fb fb fb

Idris harap RUU 355 dapat dibentang semula selepas PRU15

(Datuk Idris Ahmad ditemu bual media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agensi dan
Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks
Islam Putrajaya, hari ini) 

PUTRAJAYA, 19 Oktober - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022 yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia hanya akan dapat dimuktamadkan jika dibentangkan semula di Parlimen pada sesi yang akan datang.

"Mula-mula secara prinsipnya ia telah pun dipersetujui oleh Majlis Jemaah Menteri pada 26 Ogos, kemudian perkara itu dibawa kepada agensi, kepada Jabatan Peguam Negara untuk dibuat penelitian, kemudian dia pergi lagi sekali untuk minta komen daripada agensi-agensi, kemudian selepas itu akan dibawa ke Majlis Jemaah Menteri lagi untuk melihat dari segi 'blue paper' itu sama ada dari segi teknikal macam mana kemudian baru boleh 'table' di dalam Parlimen," kata beliau ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.


(Foto fail)

Idris turut meminta pihak yang bakal mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk meneruskan perjuangan pihaknya dalam memperkasa RUU355 tersebut.

Menurut beliau, pihaknya amat serius untuk membawa perkara ini mengikut lunas-lunas yang telah ditentukan bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah meliputi pelbagai aspek yang penting seperti meningkatkan tahap kompetensi hakim syarie, pendakwa syarie dan pegawai penguatkuasa agama serta menambah baik aspek tadbir urus dan prasarana Mahkamah Syariah.

Media Baharu