fb fb fb fb fb

Telur ayam licin dalam tempoh tiga jam

KEMAMAN, 19 Oktober- Lebih 3,000 papan telur ayam pelbagai gred habis dijual dalam tempoh tiga jam di sebuah kedai pemborong telur di Bandar Chukai.

Pemilik kedai telur, Alfian Ibrahim, 53 tahun berkata, kedainya mula diserbu pelanggan seawal pukul 7.00 pagi sebaik sahaja pekerjanya membuka kedai.

Menurut Alfian, beliau baru sahaja menerima bekalan telur seawal subuh pagi tadi, namun lebih 100 pelanggan menyerbu untuk membelinya.

"Hari ini kita dapat bekalan daripada ladang sejumlah 3,100 maknanya kita menerima telur subuh pagi tadi..Kita buka kedai jam 7.30 pagi, sekitar 10.30 pagi tu sudah habis dijual. Bekalan sekarang ini terhad sikit, biasa kita dapat dari ladang lebih kurang 3,000 satu 'trip', sekarang ini tak sampai 3,000," katanya.


(Pemilik kedai telur, Alfian Ibrahim)

Ujarnya,dia terpaksa mengehadkan pembelian dua hingga lima papan bagi seorang pembeli dan peniaga makanan bagi membolehkan setiap individu yang berkunjung ke premisnya mendapat bekalan telur.

Pelanggan yang datang bukan sahaja dari daerah Kemaman, malah ada yang sanggup memandu lebih 60 kilometer dari Kuala Terengganu dan Kuantan untuk membeli telur.

Media Baharu