fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 107

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak

TAIPING, 5 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 107 terdiri daripada 33 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih lagi beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor menempatkan 47 penduduk terjejas daripada 14 keluarga.

Manakala SK Matang pula menempatkan 38 penduduk terjejas terdiri daripada 11 keluarga.
 
Sementara itu, PPS SK Simpang, Taiping pula menempatkan 22 perduduk terjejas terdiri daripada lapan keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI