
PAHANG, 12 Disember– Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat dengan 580 orang melibatkan 172 keluarga telah ditempatkan di 11 PPS, setakat pukul 12.00 tengah hari ini.
Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk terjejas banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Temerloh, iaitu 383 orang daripada 114 keluarga.

Diikuti empat PPS di Raub iaitu SK Ulu Atok (30 orang), Balairaya Kg Ria 3 orang, Masjid Kg Kuala Semantan 8 orang dan Balairaya Kg Sengkela 7 orang.
Di Lipis pula dua PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit menempatkan 58 orang penduduk dan Masjid Kampung Beletik (31 orang).
Manakala di Bera, seramai 26 orang ditempatkan di SK Sri Buntar dan SK Kerayong 9 orang.
Daerah Jerantut pula dengan satu PPS iaitu di Balairaya Kg Sempadan 20 orang.