fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang dikecualikan bayaran bil air selama tiga bulan

PAHANG, 26 Januari - Penduduk terjejas banjir di Pahang dikecualikan daripada bayaran bil air selama tiga bulan.

Pengecualian berkuat kuasa bulan ini sehingga Mac.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pengecualian melibatkan lebih 40,000 rumah.

Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

Inisiatif dibuat kerana kerajaan negeri memahami keadaan penduduk terjejas terutama ketika dalam fasa pemulihan akibat bencana.

Media Baharu