fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air: 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang terjejas

KUALA LUMPUR, 26 Januari - 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ia terjadi susulan insiden paip pecah di Seksyen 15 Shah Alam.

Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian berpunca daripada kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan.

Ekoran itu, kerja kecemasan baik pulih fasilti dimulakan 3 petang tadi.

Ia dijangka siap sepenuhnya 3 pagi esok sebelum bekalan air boleh disalurkan secara berperingkat.

Bantuan lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan.

Untuk makklumat terkini, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor.

Media Baharu