fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan

(Foto fail)

KUANTAN, 13 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang mencatatkan penurunan kepada 387 orang daripada 98 buah keluarga membabitkan tiga daerah setakat jam 11.00 malam ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 435 orang daripada 106 buah keluarga setakat jam 8.00 malam.


(Penduduk terjejas banjir di Pahang berkurangan)

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan, penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, mencatatkan penurunan kepada 210 penduduk daripada 52 buah keluarga di daerah Temerloh.

Manakala, daerah Bera, masih kekal seramai 26 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS SK Sri Buntar dan sembilan orang penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Kerayong.

Daerah Pekan pula masih kekal seramai 142 penduduk terjejas daripada 36 buah keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara, Sungai Miang.

Media Baharu