fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Melaka meningkat

BANDARAYA MELAKA, 5 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir terus meningkat setakat 4.00 petang tadi.

Seramai 564 penduduk terjejas banjir daripada 150 keluarga dilaporkan petang ini berbanding 516 penduduk terjejas banjir pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu, iaitu sebanyak lima PPS di Jasin dan satu di Alor Gajah.


(Enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri Melaka)

PPS SK Batu Gajah di Jasin mencatatkan penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu seramai 209 penduduk daripada 55 keluarga, dikuti SK Parit Penghulu dengan 146 penduduk terjejas daripada 35 keluarga.

Sementara itu, PPS SK Parit Gantong menempatkan 62 penduduk daripada 24 keluarga dan PPS SK Seri Mendapat menempatkan 89 penduduk terjejas daripada 21 keluarga.

Tambahnya, PPS SK Sungai Rambai mencatatkan 49 penduduk terjejas daripada 12 keluarga.

Manakala di Alor Gajah , PPS Balai Raya Bukit Tambun merekodkan sembilan penduduk terjejas daripada tiga keluarga.

Media Baharu