fb fb fb fb fb

Menara telekomunikasi terkesan banjir kembali berfungsi dengan baik

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terkesan akibat bencana banjir di Johor telah berfungsi dengan baik, setakat semalam.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang giat membaik pulih menara yang masih terjejas bersama syarikat telekomunikasi terlibat.

Isu tersebut akan segera ditangani termasuk memastikan capaian internet di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berada dalam keadaan baik.

"Saya dah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, daripada semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sekarang ini di Johor melebihi 200, saya dah minta untuk semak sama ada liputan telekomunikasi di PPS ini apakah keadaanya.

"Jadi MCMC memaklumkan setakat ini semua berfungsi dengan baik tapi kita ada sejumlah menara yang terkesan akibat banjir," katanya.

(Fahmi Fadzil)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ditemui media selepas merasmikan Karnival Kesihatan Lembah Pantai, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata keperluan untuk menghantar warga KKD bagi membantu penduduk terjejas banjir di Johor juga sedang diteliti.

Mereka bersiap siaga untuk digerakkan jika perlu.

Media Baharu