fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor zahir penghargaan pengumuman peruntukan banjir oleh PM

SEGAMAT, 5 Mac - Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan peruntukan-peruntukan berkaitan banjir untuk negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meninjau situasi semasa banjir khususnya di daerah tersebut.

Selain menyegerakan Rancangan Tebatan Banjir, Perdana Menteri turut mempertimbangkan permohonan-permohonan peruntukan kerosakan jalan, kemusnahan tanaman dan ternakan.

Menurut Datuk Onn Hafiz, kerajaan persekutuan juga memutuskan penambahan segera aset-aset dan pegawai-pegawai di bawah kerajaan Persekutuan untuk hadir membantu.

“Sehingga hari ini, mangsa banjir sudah mencecah 46,000 dan YAB Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Johor supaya mendengar arahan pihak berkuasa dan terus saling bantu membantu.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan", tulis beliau di facebook rasminya.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk
terjejas banjir di PPS di Segamat)

Media Baharu