fb fb fb fb fb

Isu 'Mentega Terbang', FINAS, MCMC akan ambil tindakan- Fahmi

(Poster filem indie, Mentega Terbang)

SHAH ALAM, 5 Mac- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap produksi filem indie, 'Mentega Terbang'.

Menteri Komunikasi Dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, penstriman dalam talian yang menayangkan filem berkenaan sudah mengeluarkannya daripada saluran pada 27 Februari lalu.

"Saya difahamkan ada beberapa aspek yg sedang diteliti, disiasat oleh pihak Finas. Ia melibatkan sama ada terdapat lesen unuk penggambaran, pengeluaran, dan saya serahkan kepada Finas untuk membuat siasatan dan sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan,"katanya.

Beliau menyatakannya ketika ditemui media selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan Perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil mendakwa filem 'Mentega Terbang' sudah dikongsikan oleh pengguna media sosial sejak tahun 2021 dan bukannya baru-baru ini.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan terdahulu tidak mengambil tindakan terhadap produksi filem tersebut sebelum ini.


(Fahmi Fadzil dalam sidang media selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa

dan Perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam)

Media Baharu