fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang

Banjir di Kota Tinggi, 300 penduduk terjejas

KOTA TINGGI, 5 Mei - Kesemua 300 penduduk terjejas banjir di sini masih di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan berkata penduduk yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

"Jumlah penduduk terjejas banjir kekal 300 orang daripada 69 keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam," menurutnya.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air.

TETITIA YUSOFF