fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan meningkat

FOTO FAIL

KOTA BHARU, 30 November - Bilangan penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan sedikit meningkat dengan 533 orang daripada 160 keluarga, setakat pukul 4.00 petang tadi.
 
Daerah Kota Bharu menjadi daerah terbaru dilanda banjir selepas Bachok dan Pasir Mas ekoran hujan berterusan semalam.
 
Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan Sering yang dibuka tengah hari tadi bagi menempatkan seramai 139 penduduk terjejas banjir daripada 37 keluarga.
 
"Dua PPS dibuka di Bachok membabitkan Sekolah Kebangsaan Jelawat (60 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (107 orang).
 
"Manakala, Pasir Mas pula, PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh masih menempatkan seramai 227 penduduk terjejas banjir daripada 78 keluarga," menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
Dalam pada itu menurut public infobanjir JPS, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan aras melebihi tahap amaran iaitu 8.29 meter.
 

TETITIA YUSOFF