fb fb fb fb fb

32 pengusaha bot, malim gunung dan pemandu pelancong terima Bantuan Prihatin Pahang (BPP)

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man bersama 32 penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP)/FOTO RTM

BERA, 30 November - Seramai 32 pengusaha bot pelancong, malim gunung serta pemandu pelancongan di daerah Bera dan Temerloh menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) berjumlah RM6,400.

Bantuan berkenaan disalurkan Kerajaan negeri Pahang melalui Tourism Pahang itu bagi meringankan beban mereka sekali gus memberi suntikan motivasi dalam bidang diceburi.

Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man, penyerahan itu turut merangkumi 800 penerima di seluruh negeri bagi kluster tersebut sehingga hujung Disember depan.

Tambah beliau, pihak Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM160,000 untuk diagihkan bermula hari ini.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung tahun 2023 bagi Daerah Bera dan Temerloh di Triang, Bera.

Dalam pada itu, Kerajaan negeri juga bersetuju menawarkan BPP ini secara tahunan bagi membantu rakyat menerusi pelbagai bentuk inisiatif melibatkan empat kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Masyarakat Umum (termasuk pelancongan) dan Kluster Pemberian Aprisiasi dengan peruntukkan bernilai RM 42.4 juta.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD