fb fb fb fb fb

Kerajaan perkukuh pembangunan bakat tempatan dalam bidang AI

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 27 November -Kerajaan terus memperkukuh usaha pembangunan bakat tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi membendung penghijrahan tenaga mahir ke luar negara, selaras dengan hasrat Malaysia menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi AI.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, berkata beberapa inisiatif dipergiatkan menerusi Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (AI) 2026–2030.

Pelan berkenaan menumpukan kepada pembangunan bakat dalam lima sektor keutamaan, dengan sasaran mewujudkan sehingga 500,000 pekerjaan baharu berkemahiran tinggi.

"Sebab itu kita katakan bawah Talent Corp telah menubuhkan 18 Mymahir yang bertujuan untuk My Future Skills Talent Council yang kita lakukan berasaskan sektor yang boleh mendapati melalui bidang AI dan teknologi hijau. Dan Mymahir ini pihak industri telah maklumkan bahawa seramai 45,000,501 tenaga kerja diperlukan menatasi setakat 2025.

"Sebab itu menjelang 2030, kita nak pastikan bahawa langkah kerajaan bawah sasaran oleh GTN 600,000 menjelang 2030 bukan masa yang singkatlah lebih kurang. Kita nak ambil masa lima tahun bagi kita nak menyelaraskan dalam bidang AI supaya kita dapat mengatasi supaya negara kita juga menuju kepada negara AI dan teknologi hijau," katanya ketika menjawab pertanyaan tambahan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Abdul Rahman turut menambah, platform MyMAHIR.my diperkenalkan sebagai hab maklumat mengenai peranan pekerjaan, kemahiran diperlukan dan latihan bersesuaian dalam bidang masa hadapan termasuk AI dan teknologi hijau.

Portal itu juga boleh diakses oleh pelajar, belia, pencari kerja, institusi latihan serta majikan.

TETITIA YUSOFF