fb fb fb fb fb

Perlis pastikan bekalan ubat cukup untuk penduduk terjejas banjir

Foto RTM

KANGAR, 27 September -Penduduk di negeri Perlis yang terkesan akibat banjir boleh mendapatkan bekalan ubat-ubatan di mana-mana klinik kesihatan dan klinik daerah di negeri itu yang masih beroperasi.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ghazali Chik memberi jaminan bahawa stok ubat di negeri itu terjamin dan pihaknya akan memastikan penduduk boleh mendapatkan bekalan ubatan di klinik kesihatan lain yang berhampiran.

"Setakat ini bekalan ubat-ubatan tidak terputus dan sentiasa ada lah, manakala bekalan ubat ubatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit klinik pakar dipastikan bahawa mereka yang terputus hubungan boleh menghubungi hospital kita dan dapatkan bekalan tersebut. Sama ada di klinik pakar sendiri atau klinik berhampiran," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS di Dewan 2020, di sini.

Bagi penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) boleh mendapatkan bekalan ubat dari pekerja kesihatan yang di tempatkan di setiap PPS.

TETITIA YUSOFF