Penduduk terjejas banjir di Ipoh berkurang pagi ini

Foto dimuat naik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook beliau memaparkan penyaluran bantuan segera kepada keluarga terjejas susulan situasi banjir di Manjoi

IPOH, 18 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Kinta berkurangan kepada 11 orang daripada lima keluarga setakat 9.00 pagi ini berbanding 26 orang daripada 10 keluarga semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah penduduk terjejas di daerah Kinta berkurangan kepada 11 orang daripada lima keluarga pagi ini.
  • Semua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi.
  • Dua sungai catat paras bahaya: Sungai Bidor 3.95m dan Sungai Slim 25.46m.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi.

PPS berkenaan mula dibuka semalam susulan kejadian hujan lebat selama hampir dua jam pada Isnin.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan terdapat dua sungai berada pada tahap bahaya melibatkan daerah Hilir Perak dan Muallim.

“Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras 3.95 meter (m) manakala Sungai Slim di Slim River pula mencatatkan 25.46m,” menurut kenyataan itu.