fb fb fb fb fb

Penduduk Rancangan Sosial PKPP terima duit raya RM606,200

(FOTO FB wanrosdyOfficial)

LIPIS, 13 April-Seramai 886 peserta daripada tujuh buah Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700 seorang. 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM606,200 itu merupakan komitmen yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2015.

"Kita boleh beri (sumbangan) sebab kita ada lebihan kewangan. PKPP diuruskan dengan baik disebalik kekurangan pekerja ,COVID-19 tapi boleh menjana keuntungan" katanya pada majlis Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di sini.

Menurutnya lagi, sumbangan ini juga merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap peserta-peserta rancangan sosial PKPP bagi membantu mereka mengurangkan beban persiapan sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Tujuh buah rancangan sosial terlibat ialah Rancangan Penempatan Semula (RPSK) Merapoh, RPSK Jerkoh, RPSK Peruang selain Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular, Sri Gemuruh, Kampung Awah dan Ladang Kecil Sungai Charu. 

Pada majlis sama turut diadakan penyampaian Bantuan Khas Aidilfitri kepada 325 orang Pengerusi JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK dan Ibu Tunggal bagi DUN Benta, Cheka dan Padang Tengku,di Lipis. 

Selain itu, sumbangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada Masjid Daerah Lipis serta RM750,00 kepada masjid dan surau dalam rancangan sosial PKPP di daerah Lipis.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/Foto FB wanrosdyOfficial)

Media Baharu