fb fb fb fb fb

Kecederaan kepala punca kematian Koperal Nasri

(FOTO RTM)

IPOH, 13 April-Polis Perak mengesahkan punca kematian Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib disebabkan Head injury consistent fall (kecederaan di kepala akibat jatuh secara konsisten).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Jenazah Allahyarham Koperal Mohammad Nasri diserahkan kepada Angkatan Tentera (ATM) sebaik urusan bedah siasat selesai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jenazah kemudian diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk tindakan lanjut.

Jumaat lalu, Allahyarham Koperal Mohammad Nasri anggota Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang itu dilaporkan hilang pada pukul 5 petang.

Ketika kejadian, mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik.

Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui berhampiran sungai dalam hutan berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


(Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri/ FOTO RTM)

Media Baharu