fb fb fb fb fb

FAMA buka 113 pasar tani bagi jualan khas Syawal Madani

(FOTO FB FAMA.Malaysia)

BATU PAHAT, 13 April-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menambah sepuluh pasar tani, bagi insiatif Jualan Khas Syawal Madani, bermula 15 April ini di seluruh negara.

Inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha FAMA bagi meningkatkan jualan, dan memasarkan hasil pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penambahan tersebut, menjadikan keseluruhan, 113 pasar tani yang akan beroperasi bagi insiatif tersebut.

"Keterjaminan makanan dijangka mencukupi sepanjang Ramadan dan Syawal. 10 pasar tani akan ditambah pada kali ini", katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Warga Kementerian dan Petani di Sri Gading, Batu Pahat.

Sebelum ini, media melaporkan FAMA membuka sejumlah 103 pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani dengan sasaran jualan sebanyak RM12.5 juta.

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pasar tani dengan harga barangan berpatutan itu memfokus kepada jualan barangan keperluan menyambut Aidilfitri selama enam hari hingga 20 April ini.


(Menteri KPKM, Datuk Mohamad Sabu/FOTO RTM)

Media Baharu