fb fb fb fb fb

Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu berkuat kuasa 17 April

(Datuk Kamarulzaman Mat Salleh/FOTO DBKL)

KUALA LUMPUR, 14 April - Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara 31 Mac lalu.

Mohd Zuki percaya pengalaman Datuk Kamarulzaman mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksana DBKL.

Sekali gus terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Mahadi.

Kamarulzaman, 59 tahun mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Media Baharu