fb fb fb fb fb

KelantanFM bersama rakan strategik AKPK Kota Bharu santuni 50 pelajar agama

KOTA BHARU, 14 April - Keberkatan Ramadan yang semakin menghampiri ke penghujungnya dimanfaatkan sebaiknya oleh KELANTANfm untuk menyantuni golongan yang memerlukan menerusi progam KELANTANfm Ambil Peduli.
 
Program itu melibatkan hampir 50 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Wal Qiraat dan Pondok Ihya Al Ulum, Repek, Pasir Mas di sini.
 
Rakan strategik untuk program kali ini adalah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kota Bharu yang menyumbang barangan keperluan harian serta wang tunai.
 
Manakala Kastam Kelantan pula turut membekalkan lebih 25 kampit beras untuk kegunaan pengurusan institusi pengajian berkenaan.
 
Pengarah Penyiaran Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat berkata sumbangan itu juga sempena dengan sambutan Hari RTM ke-77.

"Sempena dengan sambutan Hari RTM ke-77 dan juga Ramadan kita meneruskan lagi program keprihatinan dan kecaknaan dengan sokongan daripada strategik.

"Kita bawa sumbangan bersama untuk diagihkan agar sama dapat merasai nikmat Ramadan serta kegembiraan bersama dengan pelajar tahfiz di Maahad dan juga pengurusan tahfiz," katanya kepada RTM.

Sementara itu, Pemangku Ketua Cawangan AKPK Kota Bharu, Siti Suhaila Ab Hamid berkata, ia sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai bukti keprihatinan agensi itu terhadap masyarakat.

"Kita memang selalu buat setiap tahun cuma tahun ini kami sangat berbesar hati dapat berkolabrasi dengan RTM melalui Kelantanfm untuk menyumbang di bulan Ramadan mulia ini," katanya.
 
Pusat pengajian agama milik persendirian yang mula beroperasi pada tahun 1997 itu turut menerima kemasukan pelajar bukan hanya dari Kelantan malah seluruh negara.
 
Wakil mudir, Ahmad Mawan Fauzi berkata kepada RTM amat menghargai sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada Maahad Tahfiz.

"Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu Maahad Tahfiz dengan sedikit sumbangan yang di hulurkan amat meringankan keperluan pelajar tahfiz di sini sebab kami setiap hari iftar bersama pelajar.

"Kami mendoakan orang yang memberi sumbangan kepada kami -- semoga Allah swt membalas segala kebaikan yang berlipat kali ganda," katanya.
 

Media Baharu