KUALA LUMPUR, 5 November - Sebanyak 34 projek pembangunan di Perlis telah diluluskan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12).
Timbalan Menterinya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM20,756 000.
MOTAC kekal optimis dalam menambah baik ketersediaan infrastruktur asas dalam menyokong aktiviti pelancongan seluruh negara iaitu melibatkan aktiviti pemulihan, pemeliharaan dan ubah suai lokasi tumpuan pelancong.
"MOTAC mencadangkan agar pihak Yang Berhormat mempertimbangkan menjalin kerjasama dengan pihak BPEN Perlis atau PBT berkaitan, bagi membangun dan meningkatkan kemudahan pelancongan setempat," katana ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan di Parlimen.
Pertanyaan tersebut mengenai pembangunan infrastruktur pelancongan di Perlis, memandangkan kedudukannya sebagai negeri terkecil tetapi berpotensi besar dalam sektor pelancongan sempadan dan ekopelancongan.