fb fb fb fb fb

Mekanisme peluasan FLYSISWA kepada pelajar IPTS akan dikenal pasti

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 November - Mekanisme bagi memperluas bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sebanyak RM400 menerusi inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), akan dikenal pasti.

Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kaedah terbaik harus diteliti memandangkan kerajaan berdepan kekangan kewangan untuk melaksanakannya ketika ini.

Ia memandangkan langkah memperluas skop penerima inisiatif tersebut membabitkan peruntukan yang sangat besar.

"Bukannya kita tak mahu tetapi kita ada kekangan kewangan. Setiap pelajar menerima RM400, jadi kalau 100,000 pelajar, jumlahnya sudah mencecah RM40 juta. Ia bukan nilai yang kecil," katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat.

Jelas Loke lagi, penerima inisiatif FLYSiswa ketika ini adalah pelajar kurang berkemampuan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), politeknik dan kolej perguruan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR