fb fb fb fb fb

Kerajaan komited jauhi konflik perkauman -PM

KUALA LUMPUR, 13 April- Kerajaan sentiasa berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyatakan komitmen itu berkata, kerajaan sedia meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti, untuk memecah-belahkan masyarakat.

Mengucapkan Selamat Hari Songkran di laman Facebook, Perdana Menteri turut menyeru seluruh masyarakat keturunan Siam untuk bersama-sama rakyat Malaysia, mengekalkan perpaduan serta kerjasama membangunkan negara.

Akuinya, kunci kepada perpaduan kaum yang dikecapi selama ini adalah saling menghormati, yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Pesta Songkran merupakan sambutan Tahun Baharu Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.

Media Baharu