fb fb fb fb fb

Penduduk Pegalungan tidak perlu lagi ke Keningau untuk dapatkan pas sempadan

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sabah International Convention Centre/BERNAMA)

KOTA KINABALU, 20 Mei - Penduduk sekitar Pegalungan, Nabawan di Sabah yang memerlukan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas tidak perlu lagi ke daerah Keningau untuk mendapatkannya.

Pas berkenaan kini boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen Pegalungan Nabawan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata bagi urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pula, ia boleh dilakukan di semua Pejabat Imigresen di Sabah.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap majlis pelancarkan siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah)

"Saya mahu berkongsi berita gembira bagi penduduk Sabah sekitar Pegalungan yang memerlukan pas menyeberangi sempadan.

"Mereka tidak perlu lagi pergi sejauh 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatkan pas berkenaan yang kini boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen Pegalungan," kata Ismail Sabri semasa berucap melancarkan Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini.

Beliau turut menyatakan keprihatinan kerajaan terhadap isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah dan penerbangan yang ditunda ketika perayaan.

Menurutnya, perbincangan akan diadakan dengan kerjasama pihak-pihak terlibat bagi memastikan perkara serupa tidak berulang terutama semasa musim perayaan.

Media Baharu