KUALA LUMPUR, 9 Mei- Tan Sri Azam Baki diberi mandat untuk terus meneraju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan itu katanya berkuatkuasa mulai 13 Mei sehingga 12 Mei 2026.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan subsekyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, pelantikan semula Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM.
Sepanjang mengetuai SPRM, Tan Sri Azam Baki dilihat telah mendedahkan pelbagai jenis kes rasuah besar termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.