fb fb fb fb fb

MRT AADK, perkhidmatan baharu santuni penagih dadah

KAJANG, 20 Mei - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Mobile Recovery Treatment (MRT) bagi program rawatan dan pemulihan penagihan dadah.

Ia merupakan perkhidmatan baharu yang lebih fleksibel bagi menyantuni penagih dadah yang ingin mendapatkan rawatan mengikut kesesuaian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jika dahulu AADK hanya menunggu mereka yang terlibat dengan penagihan dadah datang kepada agensi tersebut namun dengan adanya perkhidmatan tersebut, kaedah turun padang digunakan bagi mendekati golongan tersebut.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Ini adalah satu program rawatan dan pemulihan AADK yang baharu, kalau dahulu kita hanya menunggu supaya meraka datang kepada kita tapi kali ini kita cuba untuk mendampingi ataupun menyantuni, berjumpa dengan mereka di tempat mereka.

"Kalau dahulu kita juga tunggu mereka yang datang daripada penjara kali ini kita hendak ke penjara dahulu, ini semua adalah sesuatu yang kita lakukan berbeza daripada program-program yang telah pun dirancang sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran MRT AADK, di sini.

Tambah Hamzah, MRT AADK memberi perkhidmatan kepada kumpulan-kumpulan khusus yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah di fasiliti AADK.

Perkhidmatan tersebut disediakan di luar premis AADK dan akan dilaksanakan di 14 pejabat AADK seluruh negara.

Media Baharu