fb fb fb fb fb

Penduduk manfaat cuaca baik, pemulihan pascabanjir di Kelantan dipergiat

FOTO RTM

PASIR MAS, 1 Disember - Keadaan banjir yang semakin surut di Kelantan dimanfaatkan sepenuhnya penduduk terkesan untuk membersihkan kediaman serta premis perniagaan mereka.

Cuaca cerah sejak semalam turut membantu mempercepat proses pemulihan, terutama di kawasan yang sebelum ini dinaiki air.

Tinjauan di beberapa lokasi mendapati aktiviti harian penduduk kembali berjalan seperti biasa, termasuk operasi perniagaan di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.

“Kita dah start niaga sepenuhnya. Peniaga-peniaga di Rantau Panjang ni boleh niaga, kawasan dah kering dah. Alhamdulillah, syukur sangat. Tapi persiapan baru ni memang siap sedia takut juga sebab tahun lepas kita kena," kata Ramli Abdullah.

0112 KTN PASCA BANJIR KELATE123Peniaga, Ramli Abdullah

“Barang buat naik semua, jadi yang mana tenggelam tu kita terpaksa buang. Ini baru duk bersih rumah. Insya-Allah kalau esok lusa boleh niaga," jelas Zurida Mohammad.

Walaupun keadaan beransur pulih, penduduk masih membuat persediaan menghadapi kemungkinan gelombang banjir susulan cuaca yang tidak menentu sepanjang musim tengkujuh.

0112 KTN PASCA BANJIR KELATEPeniaga, Zurida Mohammad

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE