fb fb fb fb fb

Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah

KUNAK, 13 Oktober- Penduduk di beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter yang dikesan berlaku kira-kira 13 kilometer barat daya dari daerah ini pada lewat malam tadi.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.2 darjah timur dengan jarak 13 kilometer barat daya dari Kunak pada pukul 11.10 malam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Mohamad Omarbatha berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berkaitan kejadian gempa bumi lemah itu.

(Imej Google Maps)

Pihak bomba sentiasa mengambil langkah keselamatan dengan menjalankan rondaan di kawasan pekan serta sasaran utama seperti di kawasan bangunan tinggi.

Media Baharu