fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri berangkat lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

UNITED KINGDOM, 13 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham, di sini.

Kunjungan hormat itu sempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London selama enam hari bermula 10 Oktober hingga Ahad ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin berkata pada sesi kunjungan hormat itu, Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu hubungan dua hala antara Malaysia-UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Stesen Janakuasa Battersea, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London yang dirasmikan oleh baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.

Raja Charles III dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah / FOTO FB IstanaNegaraOfficial

Kunjungan hormat berkenaan mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III iaitu kedua-dua pemimpin menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad.

Pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin tahun ini turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dengan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lepas.

Media Baharu