fb fb fb fb fb

Johor umum peruntukan ceriakan Little India

JOHOR BAHRU, 13 Oktober- Masyarakat India di Johor digesa memberikan sokongan penuh kepada kerajaan persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seperti dilakukan pada pilihan raya negeri (PRN) Mac, lalu.

Hasil kesepaduan dan persefahaman tidak berbelah bagi masyarakat India telah memberikan kejayaan yang cemerlang pada pilihan raya tersebut dengan menang 40 daripada 56 kerusi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan dengan adanya kerajaan negeri yang stabil kini Johor akan terus mengorak langkah menjadi negeri maju menjelang 2030.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Bazar Deepavali di Little India, di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) beramah mesra dengan peniaga di Bazar
Deepavali selepas merasmikan bazar berkenaan di Jalan Ungku Puan, Johor Bahru malam
tadi / FOTO BERNAMA

Peruntukan sebanyak RM500,000 turut diumumkan kepada Persatuan Kebudayaan India bagi menceriakan Little India yang menjadi salah tarikan ketika musim perayaan Deepavali di negeri ini.

Manakala RM100,000 lagi bagi pusat pembakaran masyarakat India di Kebun Teh, di sini.

Media Baharu