fb fb fb fb fb

Penduduk Gemas buat persiapan awal hadapi banjir

GEMAS, 2 Mac- Rata-rata penduduk terjejas banjir di daerah Gemas, Negeri Sembilan mengakui telah membuat persiapan menghadapi banjir ekoran kawasan penempatan mereka merupakan kawasan panas di negeri itu.

Mereka kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4.

Menurut Rokiah Jaafar, "air naik pukul 10 lebih, dan mula naik hampir ke beranda dapur. Sampai pukul 12.30 hari, air mula naik ke bahagian dapur dan rumah tengah."

Bagi Azwan Khamis yang sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir setiap tahun berkata, "air naik paras lutut dan akan naik lagi. Hujan semakin lebat, jadi lebih selamat berada di PPS."

Sejak pukul 8.00 malam tadi, PPS berkenaan menempatkan 56 individu daripada 15 keluarga.

Lapan PPS telah di buka di tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

(Penduduk terjejas berada di PPS Felda Jelai 4)

Media Baharu