JOHOR BAHRU, 2 Mac- Banjir di Johor menyaksikan semua 10 daerah di negeri itu
dinaiki air.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah menerusi kenyataannya memaklumkan, jumlah penduduk terjejas setakat 6 pagi tadi, mencecah 24,230 orang.
Jumlah itu meningkat ketara berbanding 18,391 orang malam tadi.
Sebanyak 6,738 keluarga kini berlindung di 177 pusat
pemindahan sementara (PPS).
Daerah paling teruk terjejas ialah Segamat dengan 7,272 orang, Kluang 4,946 orang dan Kota Tinggi 2,912 orang.
Ini disusuli Batu Pahat (2,810), Johor Bahru (2,096), Muar (1,667), Kulai (951), Tangkak (854), Mersing (472) dan Pontian 250 orang.
Bacaan air di 11 batang sungai telah mencecah paras bahaya.
(Banjir Johor bertambah teruk)