fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang kembalikan feri ikonik Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 2 Mac- Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbang untuk mengembalikan feri ikonik Pulau Pinang yang telah ditamatkan operasinya tiga tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan meneliti cara operasi feri berkenaan.

Ia mungkin akan beroperasi sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium.

Perbincangan mengenainya akan diadakan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

Ini kerana kerajaan berdepan cabaran untuk mengembalikannya beroperasi seperti asal berikutan terminal sedia ada telah pun diubah suai untuk feri baharu yang tidak mempunyai lorong kereta dan hanya membawa penumpang motosikal dan pejalan kaki.

Perkhidmatan bot laju akan menggantikan perkhidmatan feri pada 1 Januari 2021.

"Kita kena faham untuk kita kembalikan perkhidmatan bawa kereta seperti yang dulu terminal lama telah diubah suai untuk feri baru.

"Jadi tidak boleh lagi keluar masuk untuk kereta di terminal baru. Sekiranya nak bawa masuk semula feri ini, terminal sekrang perlu diubah atau bina semula terminal baru. Semua itu perlu dipertimbangkan terlebih dahulu," katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang selepas mengadakan lawatan rasmi berkaitan perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pinang.

Perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang akan beroperasi pada 1 ogos depan.

(Anthony Loke)

Media Baharu